Isnin, 12 Julai 2010

Tulisan Khalid Samad Takda Faedah...Zul Nordin

Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, tidak mahu melayan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menurut Zulkifli, pemimpin PAS itu tidak layak menerima sebarang komen berhubung entri terbaru beliau melalui blog www.khalidsamad.com yang secara terang 'menyerangnya'.

"Dia tak layak menerima komen daripada saya... malah no comment pun saya tak nak sebut," katanya ringkas kepada mStar Online di sini pada Isnin.

Zulkifli diminta mengulas mengenai tulisan Khalid bertajuk 'Menggigit, tergigit dan digigit' yang menyifatkan beliau sebagai seorang pembohong, parasit dan gila talak apabila baru-baru ini mengakui menghadiri beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS.

Malah Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam mendakwa tindakan Zulkifli yang terus menerus mengaitkan dirinya dengan PAS bertujuan mendapatkan 'talian hidup' demi survival politiknya.

Selain itu, ditanya sama ada beliau sudah membaca kandungan penuh tulisan Khalid itu, Zulkifli berkata: "Saya tak bacapun, buat apa nak baca... tak ada faedah."

Khalid dan Zulkifli sebelum ini pernah berperang mulut dengan masing-masing mencabar agar keluar parti ekoran polemik penggunaan kalimah Allah awal Januari lalu.

Ekoran itu, Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.


3 ulasan:

  1. Zul-Kulup ka atau Zul-Kulim ni.....
    ha...ha..ha..

    BalasPadam
  2. Zul Kulup kut...aisshhh...apa yg kulup hah??
    Apa- apa pon aku percaya YB Khalid Samad menulis berdasarkan fakta.
    Aku yakin dia bertanggungjawab sepenuhnya. Aku agak terkejut bila YB Khalid quote bahawa Almarhum Ustaz Fadhil Noor pernah berkata mengenai Zul seperti berikut " Kalau dia cakap 10 perkara 12 perkara saya tidak percaya". Aku juga pernah terbaca sebelum ini dalam sebuah blog yang mengatakan bahawa Almarhum semasa hayatnya menolak daripada menjadi pengerusi sekiranya Zul hadir dalam korum mesyuarat tersebut dan Ustaz Fadhil juga akan memngelak daripada menghadiri mana2 majlis yang dihadiri oleh Zul.
    Aku sangat terkejut. Namun, sekiranya perkara ini didedahkan oleh pimpinan PAS, aku dengar dan aku percaya.

    BalasPadam
  3. aku.... kalau fadzil cakap 10 perkara 12 perkara aku percaya....fadzil noor adalah manusia hebat....kalau nak berjuang untuk islam ....mestilah berjemaah...tapi kalau berjuang seorang....pi mai..pi mai tang tu juga....bila bercakap...entah apa-apa..

    BalasPadam