Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ibrahim Othman, 27, dari Kampung Selising dekat Pasir Puteh selepas didapati bersalah dan disabitkan atas tuduhan yang dihadapi.
Berdasarkan pertuduhan itu, Ibrahim bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta Muhamad Aimran Yaacob, 21 dengan mengambil wang tunai berjumlah RM30.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Selising Timur dekat Pasir Puteh kira-kira jam 11.45 pagi.
Menurut fakta kes, pada masa kejadian, mangsa (Muhamad Aimran) sedang berjalan kaki di jalan berkenaan sebelum didatangi sebuah motosikal dari arah belakang yang dinaiki dua lelaki Melayu yang seorang daripadanya dikenali sebagai Ibrahim.
Ibrahim dan rakannya kemudiannya menahan dan memegang kedua-dua tangan mangsa serta menarik tubuhnya ke belakang sebelum mengambil wang berjumlah RM30 dari saku seluar yang dipakai mangsa.
Selepas itu, Ibrahim dan rakannya melepaskan kedua-dua tangan mangsa dan mangsa kemudiannya melarikan diri.
Semasa melarikan diri dalam jarak kira-kira 10 meter, mangsa kemudiannya menoleh ke belakang dan melihat tertuduh (Ibrahim) menunjukkan sebilah pisau sambil mengeluarkan kata-kata “kalu mu repot polis aku bunuh mu”.
Atas kesalahan itu, dia didapati melakukan perbuatan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Dalam prosiding semalam, Ibrahim yang tidak diwakili mana-mana peguam kemudiannya memohon kepada mahkamah meringankan hukuman terhadapnya.
Menurutnya, dia mempunyai seorang isteri dan tiga anak yang berusia tiga hingga sembilan tahun.
“Bapa saya sedang sakit. Saya juga sudah insaf dan sedar atas kesalahan yang saya lakukan ini.
“Saya harap mahkamah mempertimbangkan rayuan saya dan mengenakan hukuman yang seminimum mungkin,” katanya.
Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali pula memohon mahkamah mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan kesalahan serius.
“Saya mohon satu hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepada dirinya dan pada mereka yang ingin melakukan jenayah seperti ini,” katanya.
Juragan : Lu silap bro..Kalau lu jadi pimpinan Umno..
lu curi RM30 Juta pun lu pasti lepas.
lu curi RM30 Juta pun lu pasti lepas.
Ha..ha..ha..900 juta kapal selam,PKFZ 2.3 billion,Injin Jet,kerugian felda 1.2 bilion..takda apa pun..selamatttttt..
BalasPadam