Tambahan pula ada desas desus yang mengatakan beliau terlalu kecewa kerana gagal menjadi Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan yang lalu,lantas bercita-cita ingin berubah angin dan melompat kepada Pakatan Rakyat,benarkah desas desus ini??sama-samalah kita tunggu dan lihat,semoga menjadi kenyataan dan menjadi satu letupan yang menggegarkan Umno nanti.
Malah kenyataan MT Umno.Dr. Puad Zarkashi,seolah-oleh begitu marah dan kecewa dengan tindakan Muhammad Taib sehingga mengeluarkan perkataan bahawa Muhammad Taib"contoh terburuk" dari segi kepimpinan dalam Umno..Cuba baca kenyataan Puad di bawah ini.
Kegagalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda-tanya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan juga pentadbiran negeri Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.
Beliau mendakwa tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.
"Beliau telah beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya di sini pada Ahad.
Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas naib presiden Umno dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor serta bekas ketua penerangan Umno, didakwa telah tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno pada Mac tahun lepas.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, malah Muhammad yang merupakan bekas ketua Umno Hulu Selangor sejak 1982 hingga 1998, juga dilaporkan tidak memberikan kerjasama semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
"Janganlah hanya dengan sedikit kekecewaan kita bertindak keterlaluan sehingga sikap yang ditunjukkan lebih buruk daripada mereka yang tidak berjawatan tetapi tetap komited dalam perjuangan," katanya.
Bukan Habis Manis,Sepah di buang..Tapi Habis Manis Sepak Ke longkang.Inilah perangai Umno.
BalasPadamKalau dah habis duitt...jadi kera sumbang la dalam Umno..Tapi takpa Pintu PR sentiasa terbuka.
BalasPadamPR lak jgn ler asik nak serap jer semua org yg bekas2 ni masuk.. tapis ler dulu..
BalasPadamkalau dah manusia busuk ni amno pon tak mau, pr pulak nak ambik..... ambikla supaya lekas pr ni ranap!!! kecewa tak dapat jawatan, nak masuk pr pulak, makna nya binatang ni cuma gila nak jawatan. kes mi spik no inglis pon bukan senang nak dilupakan. pelari duit main kilo, rakyat selangor merempat. bodoh benarla pr kalau nak ambik malaon ni masuk pr, lepas tu demand kerusi nak bertanding... apa ahli dan penyokong pr tak ade yang layak ke??? jangan jadi bangang biarkan malaon ni mati beragan....!!!!!
BalasPadamMat Taib is very good person, dia ada prinsip... " aku dah kalah dalam pmilihan Timb Presiden, buat apa aku tunjuk muka lagi, kau carilah MP Pagoh yg menang TP Parti. Aku nak rehat.... orang UMNO pun x pandang aku lagi..., itulah antara andaian ungkapan agaknya..! Apapun Mike, masa untuk mu dah senja, kini dan serah je Selangor pada PR pada PRU13 yang akan datang, sokong kami....
BalasPadamapa cerita dah tak laku kat umno masuk PR...apa ingat PR ni parti sampah ka!! jaga la kualiti sikit..tengok zahrain..ingat zahrain sebagai cth...toksah..kalu dia nak masuk jugak ble..tapi aku suggest dia masuk PAS bkn PKR kalu berani!!selalu org UMNO yg masuk PAS ...dia akn automatik ubah perangai jadi elok!!
BalasPadampasai pa nak amik die msk PR. Dulu bagai nak rak kutuk die, 'I speak no englais', baik duit juta juta ke Australia, bawak lari anak raja, kaki risyuah la, heh memacam. amik kalu takut 'political baggage'
BalasPadamLebeh baik dia masok PKR supaya ramai lagi heavyweight ikut masok PR. Dia ada pengalaman juga
BalasPadamboleh kongsi. buang yang keroh ambil yang jernih.
Supaya katak-katak itu mengganga sikit.
Dia takkan berani keluar UMNO.
BalasPadamKalau banyak rekod buruk dia akan diugut dgn jentera penguatkuasa...
adnan m
jangan jadi kan PR stor simpanan barang secondhand...nun kat luar ramai lagi yg
BalasPadamberpendidikan dan berwibawa......PR makin
hari makin kuat baru diorang cuba nak berjinak jinak...jgn dilupa yg berjuang susah senang dulu dulu...