Ahad, 25 Julai 2010

Mufti Kopitiam..

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria wajar memohon memaaf secara terbuka kepada PAS kerana sebelum ini mendakwa ada pemimpinnya telah meminta beliau menjadi orang tengah menyatukan Umno dan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh kerana Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah mengaku tidak menyentuh soal kerjasama politik PAS-Umno dalam pertemuan kedua-dua mereka dua bulan lalu di ibu negara, maka pendedahan Harussani pada 17 Julai lalu adalah tidak benar.

Oleh itu kata Mahfuz, selain meminta maaf beliau harus meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak.

“Pengakuan yang dibuat oleh Datuk Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat Umno.

“Jelas apa yang dinyatakan oleh Datuk Hassan bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

“Datuk Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas respons Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor lewat petang semalam.

Hasan mengakui mengadakan pertemuan dengan Harussani bagi memperolehi kebaikan bersama demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya pertemuan itu ada kaitan dengan isu perpaduan antara Umno-PAS.

Justeru Mahfuz berpendapat bahawa kenyataan Hasan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani.

“Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pecacai Umno sangat memalukan ulamak, khususnya para mufti yang ada di Malaysia.

“Tan Sri Harussani sepatutnya meletakan jawatan Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong sedangkan pendedahan Hasan Ali jelas pembohongan Harussani,” katanya.

Juragan : Kopitiam kini diragui halalnya di Negara ini..Kerana
menipu rakyat Malaysia..
Semata-mata mencari keuntungan duniawi..

1 ulasan:

  1. Harussani....ulama tersohor zaman ini. Dia tak sedar banyak lagi ulama yang lebih hebat di sekelilingnya.

    BalasPadam