Rabu, 21 Julai 2010

Rantau Panjang Pecah...Macam Mana Nak Bersatu..??

Bekas Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana mengadakan mesyuarat Umno bahagian berkenaan secara berasingan.

Selain beliau, dua lagi yang menerima nasib yang sama ialah bekas Naib Ketua Bahagian, Razali Abdullah dan Ketua Puteri berkenaan,Norhayati Mohamad.

Keputusan berkenaan diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini pada Rabu.

"Oleh kerana perkara ini menyentuh soal disiplin dalam parti, maka MT bersetuju merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Umno untuk mempertimbangkan keputusan yang wajar diambil," katanya.

Pada 26 Jun lalu dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Ketua Bahagiannya Abdullah Mat Yasin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan yang diketuai Mohd Zain di dewan Umno bahagian itu.

Selain itu menurut Perdana Menteri, MT juga bersetuju supaya pentadbiran bahagian berkenaan diambil alih oleh Badan PerhubunganUmno Kelantan sehingga pergolakan dalam bahagian itu kembali pulih.


Juragan : Umno sepatutnya rasa "Kemaluan" nak bersatu dengan PAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan