Jumaat, 2 Julai 2010

Tengok nii..."Sama Tapi Tak Serupa"..??

Seorang sukarelawan bantuan kemanusian ke Gaza yang berada di dalam kapal Mavi Marmara telah bercerita dalam satu ceramah yang disampaikannya di sekitar Ipoh pada minggu lepas,dimana semasa tentera Israel laknatullah berjaya memasuki kapal mereka,Perkara utama yang dilakukan oleh mereka ialah merampas segala talipon,komputer.kamera,video kamera dan apa saja yang boleh memberikan maklumat ke dunia luar.

Perkara ini dilakukan oleh tentera Yahudi ini adalah untuk menyekat sebarang maklumat keluar dan diketahui oleh masyarakat dunia,dan mereka hanya mahu maklumat dan berita yang dikeluarkan oleh mereka sahaja yang sampai kepada pengetahuan masyarakat dunia.

Inilah perangai jahat tentera Yahudi terhadap orang islam...tetapi bagaimana pula dengan berita di bawah ini...??Mungkin sama tetapi tak serupa..??

Terbitan Suara Keadilan ‘digantung’, KDN tidak perbaharui permit

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan, akhbar PKR yang tamat tempoh kelmarin, sehingga mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pengurusan akhbar mingguan itu berhubung laporan mengenai Felda.

Keputusan itu diambil oleh panel khas Kementerian Dalam Negeri semalam.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab Samad berkata permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh kelmarin akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan memuaskan diterima daripada pihak penerbitan akhbar itu.

“Bermula dari 1 Julai (semalam), permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan1984, tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura melainkan jika permit di bawah perengan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 6 telah diberikan oleh Menteri berkenaan akhbar itu.


1 ulasan:

  1. mengapa kerajaan harus batalkan permit? kalau berita itu dianggap fitnah,naper x saman aja?Takut?nape? kerana perkara besar akan timbul bagai daun getah ditiup ribut dalam isu Felda..itulah alasan kerajaan utk menutup pekung disebabkan salahguna duit Felda.

    BalasPadam