Apabila menteri pembangunan Datuk Sharizat atau lebih dikenali sebagai Jauhi Caula ala-ala pelakon hindustan menyatakan bahawa dalam mesyuarat jemaah menteri yang lepas kerajaaan akan bertindak nekad terhadap persalah buang bayi yang dianggap membunuh dengan hukuman mati setelah didapati mereka bersalah.
Namun Presiden MCA yang yang kecoh dengan skandal filem pornonya suatu ketika dahulu bersama awek bawah umur menentang hasrat kerajaan untuk melaksanakan hukuman tersebut,kerana ia dianggap melampau dan tidak adil mengikut pemikiran logik akal mereka,malah meminta kerajaan mengwujudkan pusat jagaan bagi wanita hamil dan anak-anak mereka akan dijaga pula oleh satu badan yang akan dipertanggungjawabkan.
Memang kini sudah menjadi realiti bahawa kemungkaran dan maksiat yang dijaja oleh kerajaan selama ini telah membuahkan hasil yang lumayan,kerana sombong dan angkuhnya manusia yang menganggap undang-undang ciptaan mereka lebih baik daripada hukum Allah.
Maka,kini Allah datangkan masalah sosial yang cukup kritikal dan menjadikan manusia dalam ketakutan lantaran manusia sudah tidak mampu untuk mengatasinya.
Kini,semakin hari kes ini semakin bercelaru...ketakutan kerajaan sudah sampai ketahap yang kritikal,kerana buntu dengan penyelesaian ciptaan manusia sehingga mahu menjalankan hukuman bunuh keatas pembunuh ala-ala hukuman Qisas ciptaan Allah,namun mereka masih juga tidak mahu mengakui bahawa mereka telah gagal mentadbir manusia.
Kenyataan TG Nik Abdul Aziz yang menyokong penuh hukuman terhadap individu yang membuang bayi dianggap sebagai penjenayah dan boleh dijatuhkan hukuman mati adalah satu pandangan yang tepat sebagai seorang ketua sebuah negeri,beliau sendiri mengganggap undang-undang yang ada sekarang terlalu lembut dan tidak mampu memberikan pengajaran kepada penjenayah pembuangan bayi.
Juragan : Umno kini serba salah..apabila MCA menentang hasrat mereka untuk menjalankan hukuman terhadap persalah buang bayi..Inilah hasil daripada terbiyyah Umno terhadap MCA sehingga MCA tidak nampak sesuatu yang baik dari UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan