Gempar kisah bagaimana "kertas siasatan" boleh hilang dan di jual oleh warga bangladesh di Pejabat IPD Daerah Gombak adalah sasuatu yang memalukan,apabila ia terjadi di dalam kawasan Balai Polis yang dianggap mempunyai sistem keselamatan yang canggih.
Kini polis telah dapat menahan 8 lelaki,termasuk 4 daripadanya adalah buruh binaan berbangsa Bangladesh,persoalannya mampu dan beranikah pekerja binaan ini mencuri dengan sewenang-wenangnya barangan tersebut sementelah ia terletak dalam kawasan balai polis,yang sememangnya menjadi "Fobia" di kalangan warga pendatang.
Barangan yang dianggap mempunyai jumlah yang cukup banyak iaitu 2000 kg yang jumlah harganya mencecah sampai RM800,bukannya boleh disorok dan di bawa didalam poket,dan sekiranya ingin keluar dari balai tersebut sudah pasti terdapat pengawal keselamatan. yang menunggu.
Malang warga Bangladesh yang mungkin menjadi "Tenok Hitam",kerana perancangan ini sudah pasti memerlukan orang dalam maa..Nasib baik kali ini kertas siasatan dilarikan,mungkin suatu hari nanti balai polis dengan anggota polis pulak akan dilarikan,dan inilah cermin sistem keselamatan yang dianggap canggih di negara kita,selepas kejadian mengejutkan rakyat Malaysia tentang kehilangan injin jet semasa Pak Najib menjadi Menteri Pertahanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan