Khamis, 12 Ogos 2010

Mengapa Umno Jadi Meroyannn..??


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima ancaman berupa nota ugutan bersama sebutir peluru hidup yang dimuatkan dalam satu sampul surat pada petang Rabu.

Kandungan surat berkenaan dijumpai oleh pembantu pejabat Pua di Damansara kira-kira pukul 4.30 petang.

Justeru, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Damansara Utama oleh pembantu berkenaan dengan diiringi Pua, dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang juga Peguam DAP.

Ancaman berkenaan dipercayai ada kaitan dengan tindakan Pua pada 26 Julai lalu yang meminta kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.


Juragan : Hebat Betul puak-puak hidup melayu dalam mempertahankan Hak Kaum Bumiputra..Tapii..lu ada ingat ka,bila Nong Chik bagi tanah Kampung Melayu kepada kaum Cina sebanyak 40% dalam pembangunan semula Kg Baru,apa sal puak-puak Hidup Melayuuu..jadi Bodoh dan membisu..??Sedangkan kaum cina tak pernah mintak punnn..punya la teruknya Umno Haprak ni nak menjilat-jilat bangsa asingg untuk dapatkan undi kembali...Hampehhh






Tiada ulasan:

Catat Ulasan