Rabu, 29 September 2010

Fuhhh..Rasis Umno..Pemuda MIC Hilang Sabar..


Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru anggota Biro Tata Negara (BTN), yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain.

Setiausahanya C. Sivarraajh berkata kenyataan yang dikeluarkan pegawai awam seolah-olah mencerminkan imej sebenarnya pentadbiran negara yang boleh menggugat perpaduan kaum.

“Isu perkauman yang dimainkan oleh pegawai awam ini dilihat masih berterusan, sebelum ini ada pengetua dan guru besar yang keluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Yang terbaru pula pegawai kanan BTN yang turut menjadikan isu perkauman ini sebagai modal mereka.

“Jadi kita harap supaya Ketua Setiausaha Negara dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat sebagai pengajaran kepada kakitangan awam lain untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya selepas menyerahkan memorandum di pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Setiausaha Negara Nordziah Mohamed.

Sivarraajh berkata Pemuda MIC memandang serius terhadap isu tersebut yang dilihat tiada kesudahannya.

“Kita memang memandang serius akan perkara ini kerana sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian diambil untuk mengatasinya.

“Jadi kita harap dengan tindakan tegas yang diambil ia boleh menghentikan pegawai-pegawai awam daripada keluarkan kenyataan sedemikian.

Tambahnya, kakitangan awam terutamanya golongan pendidik tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain.

“Seoarang pendidik tugasnya adalah mendidik perkara yang baik-baik bukan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.

“Sepatutnya mereka memberikan tumpuan kepada agenda pendidikan yang dilihat sebagai platform untuk melahirkan warga profesional,” katanya yang turut diiringi ahli jawatankuasa tertinggi Pemuda MIC.


Juragan : Kalau Menteri Pendidikan kata dia takda kuasa utk ambil tindakan kepada pengetua Rasis...Menyebabkan rakyat ketawa terbahak-bahak..Maka kali ni lu orang tahu apa pula KSU kata,dia akan kata "Saya tida kuasa nak ambil tindakan,yang ada kuasa ialah JKKK Kampung tempat pegawai BTN tu tinggalll...Kuah3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan