Rabu, 29 September 2010

Kenyataan Bengong Khairy Terhadap Nik Aziz..


Pelawaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya ahli Umno menyertai PAS demi menangani isu perpaduan Melayu hanya dilihat sebagai 'gimik politik' terutamanya menjelang pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak lama lagi.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pelawaan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap terdesak PAS bagi meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

"Ini semua gimik politik semata-mata. Benarkah (matlamat) demi perpaduan Melayu? Tapi kenapa sekarang, kenapa dibuat ketika akan adanya pilihan raya kecil?" katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz di Kota Baru hari ini yang mengajak ahli Umno menyertai sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini kerana PAS mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

Mengulas lanjut, Khairy turut mempersoalkan keikhlasan sebenar Nik Abdul Aziz untuk melihat orang Melayu bersatu.

"Benarkah Nik Aziz pentingkan perpaduan Melayu? Ataupun beliau hanya gunakan isu berkenaan untuk kepentingan politiknya semata-mata.

"Isu muzakarah antara Umno-PAS sudah lama diperkatakan, tapi sampai sekarang ia masih belum selesai," katanya.

Selain itu Khairy sebaliknya membuat tawaran balas kepada ahli-ahli PAS agar kembali menyertai Umno bagi kepentingan orang Melayu.

"Kenapa Umno perlu masuk PAS, kenapa tidak sebaliknya? Lagipun mereka juga sebelum ini adalah serpihan daripada PAS.

"Jadi wajarlah jika serpihan berkenaan kembali kepada badan yang lebih besar seperti Umno untuk membela nasib orang Melayu," katanya.



2 ulasan:

  1. memang bengong menantu pak lah nie.......
    kalau masuk pas.......puak nie tak boleh nak buat perangai lama dah.......tu yg bagi alasan mengarut.........
    bagi tau kat kerry, pas lebih berpengaruh, lebih gagah, lebih besaq dari parti sarkis tu..........
    dia tak beranak lagi......tgna dah melalui sepakterajang politik yg panjang..........
    .....dia nie kira dok beringuih politik lagi.......bagi kering laa dulu hinguih tu.........

    dia dok menyalak awai-awai nie bukan pasai apa......kot-kot pusat bagi perhatian......kot-kot dpt sangkut jadi menteri.......tu saja harapan dia.........
    jangan harap le......selagi ada che det ngan regu dia.......bepeluh laa kerry mintak jadi menteri....

    kita akan galaih semula dun galas........
    kah kah kah........

    BalasPadam
  2. kerry ni kuda kayu. lompat sana sini buat penaik debu jalanje. nak buat belumba takboleh. pakak dok ngate kedia dia ni pekak dan bute. ngan lain kate, kite pakak2 lok kedia lompat dalam paddock dah le. kah kah kah......

    BalasPadam