Sabtu, 18 September 2010

Fuhh..Tiada Arahan Dari Tuhan Untuk Bertaubat..!!

Seorang paderi Florida kelmarin enggan memohon maaf kerana mengugut membakar al-Quran, malah memperbaharui tuduhan bahawa golongan radikal Islam adalah ‘pemusnah’ agama.

Terry Jones, yang mana minggu lalu mencetuskan kemarahan antarabangsa selepas mengancam untuk membakar setimbun al-Quran bagi menyambut ulang tahun serangan 11 September 2001, berkata gereja kecilnya tidak akan memohon maaf.

Katanya, Pakatan Evangelical Dunia (WEA) memintanya untuk menarik balik cadangan mengadakan ‘Hari Antarabangsa Membakar al-Quran’.

“Kami tiada arahan dari Tuhan untuk bertaubat. Justeru, kami tidak ada hasrat dan tidak akan bertaubat kerana mempertahankan gereja,” kata Jones dalam kenyataan ringkas kepada media.

WEA, yang mewakili gereja di 128 negara dan 420 juta pengikutnya di seluruh dunia, berkata ia sedih dengan maklum balas Jones.

“Langkah meminta maaf dapat mengurangkan keganasan yang tercetus di beberapa bahagian dunia akibat tindakannya,” kata pegawai WEA dalam kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan