Sabtu, 18 September 2010
Ladang Maut...Mengapa Terlalu Kebal..??
Keballl...itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada "Ladang" Datuk dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati baru-baru ini,bagaimana sebuah ladang yang begitu besar dengan kemudahan chalet,kolam renang dan bar kecil untuk para tetamu istimewa yang akan dikorbankan tidak dapat dikesan dan dihidu oleh anggota keselamatan yang dianggap cekap di Asia.
Sedangkan ladang ini telah beroperasi puluhan tahun lamanya,sepatutnya dan memang patut pihak polis dikawasan ini mempunyai maklumat tentang setiap lokasi di kawasan mereka.Mana perginya SB..?? (special brand) yang sepatutnya mendapatkan maklumat tentang ladang maut ini.Dengan tembok tinggi sehingga 2 meter yang menghalang pandangan orang luar untuk melihat segala aktiviti dalam ladang ini sudah cukup untuk menjadikan pihak polis perlu berasa curiga terhadap ladang yang sedang beroperasi ini.
Kalau bab politik dan ceramah walau di corok kampung dan hulu mana pun SB akan muncul untuk dapatkan maklumat,tetapi malang..ladang yang besar dan dah bertahun berdiri megah terlalu kebal untuk dipantau oleh pasukan polis di kawasan tersebut.
Apakah mungkin dengan adanya hubungan dengan orang kenamaan (VVIP),atau ada dikalangan anggota keselamatan yang telah di "Beli" oleh datuk ini,menyebabkan ladang beliau terkecuali daripada pantauan pihak berkuasa,kalau inilah hakikatnya..maka negara kita sudah menyerupai cerita Tamil yang kita sering tontoni dikaca televisyen.
Sehinggakan apabila terbongkarnya tragedi di ladang maut ini,pihak polis turut terkejut dengan segala sesuatu yang terdapat di kawasan ladang kepunyaan datuk ini.Mungkin ini sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita bahawa gejala rasuah yang dilarang dalam agama telah menjadi budaya dikalangan masyarakat kita sehingga terhasilnya manusia kaya dan berpengaruh menjadi kebal daripada undang-undang negara yang hanya dikenakan terhadap masyarakat bawahan.
Kalau inilah realiti yang ada..maka ia satu ancaman berbahaya yang akan memusnahkan sistem demokrasi di negara ini dan jangan salahkan rakyat sekiranya mereka tidak lagi mempercayai undang-undang yang ada lalu rakyat bawahan akan mengambil undang-undang mereka sendiri..Nauzubillah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SB atau siput babi atau cawangan khas PDRM sibuk pantau kegiatan politik PR hahahhahahahaha,, umeno bayar gaji mereka untuk pecah belah kan PR hahahhahahaha
BalasPadamAda benarnya kata2 pak Oncu,
BalasPadamapa nak buat, bak kata orang :
چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان