Kumpulan ini yang menamakan diri mereka ‘Suara Akar Umbi’ telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ibu pejabat parti agar satu EGM diadakan segera. Surat permohonan itu ditandatangani oleh 60 perwakilan negeri.
Mereka cuma menyatakan satu agenda sahaja dalam EGM itu iaitu untuk menyingkirkan Teng.
Berdasarkan perlembagaan parti, notis untuk memanggil EGM perlu dihantar kepada para perwakilan 21 hari sebelum persidangan luar biasa itu bermula. Oleh yang demikian, jika permohonan untuk mengadakan EGM diluluskan, paling awal ia akan diadakan pada 8 Oktober.
Dr Teng sebelum ini pernah dipetik sebagai berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan dengan EGM pada 10 Oktober sekiranya kumpulan yang menentang itu mampu mengumpulkan 50 tanda tangan perwakilan yang terpilih ke perhimpunan agung.
Adalah difahamkan, kebanyakan bahagian yang menyokong kumpulan penentang ini adalah dari Seberang Perai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan