Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin terasa. Gendangnya mula dipalu di Perhimpunan Agung Umno ke-61 walaupun belum benar-benar deras.
Kehangatannya mulai membakar khususnya ahli-ahli Umno apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melabuhkan tirai Perhimpunan Agung dengan peringatan kepada semua Badan Perhubungan Negeri di seluruh negara bahawa beliau bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin akan menemui rakyat mulai tahun depan.
Itu merupakan amalan biasa bagi pucuk pimpinan negara apabila sudah ada bibit-bibit mahu melangsungkan pilihan raya sejak ia mula diperkatakan kebelakangan ini.
Ucapan beliau secara terus-terang mahukan semua pihak bersiap sedia mengadakan perhimpunan besar-besaran walaupun masih berteka-teki mengenainya. Hanya Najib yang juga Perdana Menteri yang mengetahui tarikh berkenaan.
"Mulai tahun depan saya dan timbalan saya akan turun ke negeri-negeri, nak jumpa Umno dan rakyat," kata Najib semasa menggulung perbahasan pada Sabtu.
Najib juga menekankan betapa mustahaknya Umno serta Barisan Nasional (BN) mempertahankan Putrajaya daripada dirampas pakatan pembangkang.
Pada sidang akhbar selepas itu, ketika ditanya mengenai jelajah bertemu rakyat itu sebagai petanda pilihan raya semakin hampir, beliau membiarkan para wartawan terus berfikir-fikir sendiri tentang persoalan pilihan raya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut menyelak sedikit soal PRU yang mungkin berlaku tidak berapa lama lagi semasa sesi penggulungan.
Kata beliau: "Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila Perdana Menteri hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan."
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga diminta bersiap sedia menghadapi pilihan raya di Sarawak awal tahun depan, sudah pastinya jika benar negeri itu akan mengadakan pengundian tahun yang sama.
salam, ulamak umno dan tahu, cara pemikiran ialah nak bawa umat islam menuju kehancuran, kini saya nak tahu berkanaan perkasa(perkosa) apa hukumnya IFF tu, munkin katanya, BERES BOS ROSMAH, HALAL UNTUK MELAYU
BalasPadam