Khamis, 21 Oktober 2010

Fuhh..PAS Bejuang Kerana Islam -Pewakilan Umno

Perwakilan Umno Kelantan mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi denga pihak yang mempersendakan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Umno Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana dendamnya dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Kita perlu perbetulkan semua ini. Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

"Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Md Alwi menegaskan, pemimpin Umno perlu membuang sikap "sombong" yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berlandaskan Islam.

"Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

"Apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah," katanya.

Tambahnya, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

"Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

"PAS ini celaru," ujarnya.

Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Ketereh berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

"Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

"Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

"Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat," katanya.

9 ulasan:

  1. memang betul la pas berjuang kerana Islam

    BalasPadam
  2. maknanya confirmla umno tak perjuangkan islam..... he he he

    BalasPadam
  3. Kata Alwi: "Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam".

    Confirm UMNO sejak dulu kini dan selamanya tidak berjuang di atas Islam,

    BalasPadam
  4. dlm dunia ni Allah jdkan smua berpasangan dan berlawanan..ada baik ada jahat..ada laki ada pompuan..ada syurga ada neraka..ada panas ada sejuk..ada ISLAM ada KAFIR..dr statement alwi td umno perlu balik pd islam,selama ni umno dok dlm kategori mana ye??dr pasangan diatas td,ada ISLAM ada KAFIR...ooo..slama ni depa dok dlm kategori kapir la ye...masyaAllah..ahli umno,salahkan pimpinan korg sbb tolak islam dlm perjuangan..

    BalasPadam
  5. dalam dewan yang gah tu sedar tak sedar terpacul soalan Md Alwi " kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam". Hebat Md Alwi ni tolong iktiraf perjuangan PAS.

    BalasPadam
  6. ISLAM yang tertinggi, tiada yang lebih tinggi dari ISLAM. Untuk ISLAM tiada erti kalah, kalah didunia tetap menang di Akhirat. ALLAHUAKBAR !!!

    BalasPadam
  7. bakpo la gitumo lalu kecek bodo sungguh..mula2 kato ore lain tak isle, pahtu kataa diri sendiri kena kembali kpd isle, last skali kata ore tu berjuang utk isle pulak..pening weih.lagu ni ko ore hak kita nak suruh peretah negeri kito. nanar pelik...

    BalasPadam
  8. Bercelaru sungguh minda pemimpin umno ni...sekejap nak jaga Islam, sekejap balik kepada Islam seolah-olah sebelum ni bukan Islam , dah tu pulak kata PAS berkawan dengan syaitan, lepas tu kata PAS berjuang Islam.....

    Lagu mano nok peretoh negaro kalu dok kecek lagu ni gak....habih kucar lanar negeri wehhhhh

    BalasPadam