Wanita Umno berazam akan terus melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Bumiputera di negara ini seperti mana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan tuntutan sesetengah pihak untuk mencabuli peruntukan yang termaktub dalam Perlembgaan Persekutuan.
"Pada masa yang sama, Wanita Umni akan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Wanita Umno tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutian dicabuli atau dicemari. Perkara 153 jelas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.
Juragan : Melayu hanya tinggal Ketapi Tanah Melayu dan Baju Melayu...kuah3
Ibrahim Ali dengan PERKASA suruh dia tubuh pula PERKASI. PERTAHANKAN ANAK MAMI KE3 BUKAN MELAYU
BalasPadam