Ahad, 10 Oktober 2010

Mayat Mualaf Di Bakar Di Gereja..??

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendapatkan abu mayat seorang mualaf yang mayatnya dibakar di sebuah gereja, kelmarin, bagi dikebumikan secara Islam dan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zin membenarkan permohonan secara exparte (sebelah pihak) dikemukakan MAIWP selepas meneliti semua dokumen yang dikemukakan dan bidang kuasa mahkamah untuk mendengar permohonan berkenaan.

Mohd Amran berkata, Brian Eustale Steele, 56, berbangsa Serani, adalah seorang mualaf dan memeluk Islam ketika berusia 22 tahun di hadapan Ahmad Shahir Daud menggunakan nama Islamnya, Steele Shah Abdullah, pada 20 Ogos 1975. Ia turut direkodkan MAIWP.

Beliau berkata, mahkamah juga mengambil kira tiada sebarang permohonan daripada Steele Shah sepanjang hayatnya untuk keluar daripada Islam dan tiada pihak lain yang memohon peisytiharan beliau sudah meninggalkan Islam.

“Mahkamah dengan ini meluluskan permohonan MAIWP dan mengesahkan Steele Shah adalah seorang Islam serta perlulah dikebumikan mengikut kehendak Islam dan hukum syarak.

“Oleh itu, mahkamah memerintahkan pihak yang menjaga abu mayat itu, iaitu Bahagian Kawalan Pembersihan Bandar, Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkannya kepada MAIWP untuk diuruskan,” katanya.

Mohd Amran juga memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kerjasama dalam menjalankan perintah itu dan sebarang kegagalan melakukannya adalah satu penghinaan kepada mahkamah.-BH


Juragan : Tahniah dan Jazakallah MAIWP yang telah berani
mempertahankan HukumIslam..!!


1 ulasan:

  1. assalamualaikum...minta sahabat link kan blog ini...
    lagenda-cinta.blogspot.com
    terima kasih

    BalasPadam