Selasa, 12 Oktober 2010

Saya Bukan Calon DUN Galas - Tengku Razaleigh

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon.

Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang.

2 ulasan:

  1. Bila sampai masa Najib umum Ku Li jadi Calon nya,maka Ku Li akan kata ia terpaksa akur kehendak pucuk pimpinan nya, Itu semua tak mustahil,kerana sifat Ghurka selalu taat dgn pemerintah atau Ketua nya.Kita dah banyak belajar dari sejarah nya.

    BalasPadam
  2. GHURKA SEBENAR PAS SEBAB DI TAAT DAP. DAPA HENTAM ISLAM PAS SETUJU..DAP KATA TIDAK BOLEH TUBUH NEGARA ISLAM PAS SETUJU..TAPI BILA MUKTAMAR..BERBUIH DOK MELALAK PASAL NAK TUBUH NEGARA ISLAM. HEHEHE GELI BULU HIDUNG AKU DGN PAS NI. CUKUP LAAA..JANGAN DOK IKUT DAP..BERJUANG SENDIRI TAK APA ASAL MARUAH, AGAMA DAN PERJUANGAN TAK TERGADAI..

    BalasPadam