Ucapan pembukaan pada kira-kira pukul 10 pagi dijadualkan berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, dekat sini, diikuti dengan perbincangan panel yang akan dikendalikan oleh Mishal Husain, dari British Broadcasting Corporation's (BBC).
Perbincangan panel membabitkan lima Wanita Pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.
Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 yang merupakan inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Sidang Kemuncak itu di Seri Perdana malam Isnin.
Antara program yang dijadualkan untuk Wanita Pertama hari ini adalah majlis mengadap dan jamuan petang dengan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara dan pertunjukkan kebudayaan di Istana Budaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan