Selasa, 12 Oktober 2010

Wang Judi..Dari Poket Umno..??


Apa cerita dengan duit yang dikembalikan oleh warga emas yang dikatakan haram oleh Umno Pulau Pinang sampai hari ini didakwa tidak pun sampai ketangan kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Mungkinkah mereka tersalah serah lalu diberikan kepada Pakcik Jaga di bangunan Komtar dimana terletaknya pejabat KM Pulau Pinang...kah3.Menurut seorang rakan wa yang berada di Pulau Mutiara tersebut wang yang diserahkan kembali kepada wakil Umno PP untuk dipulangkan kepada Lim Guan Eng adalah wang daripada poket Umno PP.

Menurutnya lagi,"Emak saudaranya juga mendapat bantuan tersebut tetapi awal-awal lagi wang tersebut sudah habis digunakan.Beliau juga tidak yakin bagaimana emak saudaranya yang dalam kedaan miskin dan daif mampu mendapatkan kembali wang RM100,sedangkan makan minumnya kami yang tanggung,"Katanya lagi.

Dalam satu ceramah oleh Mat Sabu,beliau mempertikaikan bagaimana warga miskin ini mampu mengembalikan semula wang tersebut dengan kepingan RM50 yang masih berkilat,sedangkan beliau juga yakin warga miskin ini telah pun menggunakan wang tersebut,"Takda ka warga emas ni wang kertas RM10,"tanya beliau.

Besar kemungkinan,wang tersebut adalah wang yang datang daripada poket Umno Pulau Pinang,Jadi masakan mereka mahu memulangkan kembali duit mereka sendiri..Kuah3..Duit tersebut hanya digunakan sementara dalam episod drama yang telah ditayangkan di kaca TV untuk menjayakan perancangan licik mereka.


Juragan : Kalau betul..Pulangkan segara wang tersebut kepada KM P Pinang,
ramai lagi orang susah perlukan bantuan,kecuali Umno yang warak..wakrok..

1 ulasan:

  1. xpayah pakai lebai dan tudung laaa....raut muka pun kenaiiii....penipu

    BalasPadam