Selasa, 9 November 2010

Pak Din Koboi Kena "Tibai Kau-kau " Dengan MB Kedah..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan. -Harakah

3 ulasan:

  1. BARUA-BARUA PENGAMPU & PEMBODEK KAN BANYAK DALAM PARTI KARAT BIRU UMNOI@APCO TERMASUK SEKOK MAT SEMBAB NI ,SEMUA TARGET NAK JADI PEMIMPIN DALAM UMNOI@APCO SEBAGAI JUARA RAKYAT TAPI KELENTONG SAKAN DENGAN PUBLISITI MURAH ,BUSUK & KHIANAT !
    HANYA LEMBU PAWAH & YG SEWAKTU DENGANNYA SAJA PERCAYA SEMUA KELENTONGAN,WAYANG KULIT & SANDIWARA KELABU ASAP INI!

    BalasPadam
  2. Walaupun Muhyidin datang pada hari ke 7 tetapi jentera persekutuan telah diarahkan pada hari pertama banjir. Mengapa Azizan hanya mengadakan mesyuarat pada hari ke 5 banjir? Dimana dia? Mengapa ketika Sultan datang melawat baru nampak muka Azizan?
    Kalau orang dah tolong tu, berterima kasih lah. Kalau dah tersilap tu minta maaf je la. Itu kan lebih mulia.
    Jadi Azizan terkilan kedatangannya tidak diiringi bendera? Kedah adalah negeri dia. Tak kanlah dalam negeri sendiri pun perlu disambut. Yang perlu disambut ialah tetamu yang datang membantu. Ataupun mungkinkah ketiadaan bendera menunjukkan rakyat Kedah sudah tak kisah pada PAS?

    BalasPadam
  3. Maksudnya janganlah politikkan masalah banjir.Toksahlah pasang bendera nak sambut.Orang bukan nak bendera.orang nak bantuan.Profsionalah Oi mai negeri orang jumpalah MBnya,walaupun dia bukan sekapai dgn kita.Tunjuk pekerti yng baik,orang makin minatlah kat UMNO. Kalu tunjuk laguni payahla..

    BalasPadam