Khamis, 11 November 2010

Pelajar Maut Selepas Memadu Kasih..


Selepas memadu kasih sehingga awal pagi, sepasang kekasih yang tergesa-gesa pulang maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di jalan persisiran pantai Kuala Perlis-Sungai Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah seorang pelajar, Nur Shahirah Mat Akhir, 20, dan teman lelakinya, Zul Hairi Basir, 21.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, semasa kejadian kereta Proton Iswara tersebut dipandu oleh Shahirah dengan laju untuk menghantar pulang kekasihnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah.

“Sebelum itu, pasangan itu pergi ke Kuala Perlis untuk makan malam dan berjalan-jalan di tepi pantai tersebut.

“Menyedari hari sudah lewat malam, mereka pulang dan dipercayai Shahirah memandu dengan laju di jalan yang tiada lampu dan licin,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

4 ulasan:

  1. pandai pandai org yg dah mati boleh bercerita apa yg berlaku kepada pegawai polis tersebut ,,,, apo bunya bingai !!!!!!!!!! what a shame kepada pegawai polis ini yg membuat statement mengaibkan simati !!!! Islam kan melarang mengaibkan org yg udah mati !!!!!!! Menyebar keaiban sesama manusia juga TUHAN larang !!!!!!!

    BalasPadam
  2. polis malaysia kan cekap. bulu dah berbulan2 pun buleh jumpa lagi apa..

    BalasPadam
  3. Sangka baikk..Mungkin juga mereka ni pada malam sebelum kejadian buat Usrah ke?..Buat kenduri tahlil ke?..atau berQiamullail sama-sama di pantai Kuala Perlis..kah3

    BalasPadam