Selasa, 25 Januari 2011

Kantoii..Siapa Cina Ini Yang "Memalukan" Umno Di Tenang..

Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.

Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.

"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.

"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika isu ini jika mereka masih tidak faham," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam.

"PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam," jelasnya.



Juragan : Gua Bangga..Orang Cina DAP dan PKR
boleh bersuara mempertahankan Islam..Harapkan Umno Dayusss...


1 ulasan:

  1. Salam sdr.Juragan.hebat sdr.Nasib baik allah x ujudkan kosong sebagai malikat,kalu x sdr.layak mohon.org lain semua salah,tapi puak sdr semua betul.kenapa PKR n DAP berbaangsa cina jawab isu bersalam wanita lelaki,blh jwb ke x? sebab dia orang nak peralatkan kau orang.tgk d Selangor,Kedah,Perak semasa PR berkuasa.Siapa MB,tapi siapa buat keputusan.Sy tabik kalau PAS tulin Islam spt zaman rasullah,tapi sekarang PAS cuma nak kuasa x jauh beza ngan UMNO.Dlm doa puak sdr.x mungkin PAS bleh berkuasa sendiri tanpa sekutu kapir laknat anti Melayu DAP n pati DSA yang jadi topeng sama kuncu DAP.Sy nk tnya sdr.kemana pergi duit sumbangan pendengar ceramah tok2 guru puak sdr.setiap kali ceramah mtk derma,tapi x prnh dgr duit 2 masok kantong siape.Nak jd pembangkang jadilah pembangkabng sihat,yang salah d betulkan,yg betul kena sokong.

    BalasPadam