Selasa, 25 Januari 2011

Tengok nii..Kenyataan "Bangang" Ulamak Yang Pentingkan "Perut dan Bawah Perut"...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam mempersoalkan tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sedangkan sebelum ini parti itu berpendirian bahawa pemilihan wanita sebagai calon pilihan raya adalah tidak mengikut syariat Islam.

Katanya, sebelum ini PAS pernah menuduh UMNO sentiasa melakukan perkara tidak mengikut syariat Islam dengan memilih wanita sebagai calon setiap kali pilihan raya diadakan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pilihan raya kecil DUN Tenang, parti berkenaan memilih calon wanita atas alasan sebagai penghormatan kepada kaum hawa.
"Kenapa dulu mereka (PAS) cakap lain? Mereka juga cakap haram memilih calon BN dan saya perlu ingatkan mereka perlu bertanggungjawab terhadap tuduhan itu.

"Malaysia sudah aman damai dan ia hasil kesungguhan BN untuk memajukan negara ini dan masyarakat secara keseluruhan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Mini Karnival Islam di pekarangan Masjid Jamek Labis di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada parti pembangkang apabila adanya pilihan raya kecil, mereka mula menabur fitnah.

Jamil Khir berkata, isu agama menyentuh perasaan orang ramai dan PAS sendiri tidak pernah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Katanya, agama Islam tidak boleh `dijual beli’ atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama,” katanya.

Jamil Khir berkata, rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama adalah isu yang amat menyentuh perasaan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya memahami dalam suasana ketika ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.

Sebagai seorang Ulamak...Tragedi Big Mama ini yang wajib di tegur oleh Jamil Khir kerana benar-benar menyakitkan hati dan perasaan Rasullullah s.a.w...



Juragan :Jangan hanya memikirkan Habuan Perut dan Bawah Perut braderr,jadilah Ulamak seperti kata Rasulullah "Ku Lil Haq,Wa Lau ka Na Muro" Katakanlah kebenaran islam itu,walau pun pedih (Iaitu Orang ramai terutamanya pemimpin yang berkuasa membencimu).

10 ulasan:

  1. JAMIL NI MMG SIAL
    SEMBANG LEBAT ANAK SENDRI HANCUR X TERBELA
    MLM MINGGU LAYAN CLUBBING
    ANY KOMEN?

    BalasPadam
  2. Ular mak be end bhai...perut mesti kembang...kita tumbangkan be-end&ularmak dia.

    BalasPadam
  3. Dalam KAGAT dulu pun Jamil Khir selalu berlaga angin dengan ustaz2 peringkat bawah (LLP) pasal dia nie memang bodek kuat parti KERAjaan. Kalau tak caya tanya ustaz Zulkernain kat Astro Oasis

    BalasPadam
  4. Sebenarnya ini bukan calon wanita pertama bertanding dalam pilihanraya. Jamil Khir buta sejarah ka? Dah berapai ramai calon wanita yang bertanding dalam PRU/PRK. Tak caya tengok dalam Dun/Parlimen, kan ada AP/Adun Pas. Oh.. Jamil Khir tak tahu sebab dia bukan wakil rakyat, cuma senator saja, itu sebab dia tak tahu, tak pa dimaafkan....

    BalasPadam
  5. kelulusan dia bukan takat mana.Sekadar ada ijazah saja. Belambak orang ada ijazah macam dia, cuma orang lain tak nak jadi kaki ampu, dia pentingkan glamour dak kedudukan. Elok tanya orang sedaka macammana perangai mamat ni, tanya juga budak UKM yang masuk kagat.Ramao orang tau,tapi tak baik dedahkan aib orang.

    BalasPadam
  6. Gilo apo Jamil Khir neh...
    Dr.Lo'lo tu perempuan gak..
    Syahrizat tu pun Perempuan gak Bhai,tp dia kalah..Dulu ko x melalak pulak..Ops!!Maso tuh dio neh bolum kono lantik jd pengampu lg..
    Malang bona BN dapek ulamak somak mcm dio neh...
    Kristal Clear dio neh Ulamak Jahat yg Rasulullah maksudkan dlm Hadith tu..Taubat la oii..ko x malu ko dgn org awam mcm den neh!!!

    BalasPadam
  7. sebut nama dia bagi penoh
    sebab nama aku jamil gak
    aku malu oi

    BalasPadam
  8. Umno tak malang bila letak Jamil Khir sbg. menteri tanpa parlimen. Yang malangnya si Jamil tu sendiri. Dia terpaksa gadai seluruh ilmu agamanya semata-mata untuk dunia yang terlalu cedikit. Apa komen rakan seKAGATnya Najmuddin?

    BalasPadam
  9. Dr. Lolo tu bukan ke calon wanita??Bangang la luuu..

    BalasPadam