Ahad, 27 Februari 2011

Bahayaaa...Kenyataan Yang Boleh Men"Cacat"kan Aqidah..

"Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan seluruh jentera parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau supaya menganggap pengundi di kedua-dua kawasan itu sebagai 'raja'. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana hanya pengundi di kedua-dua kawasan itu yang akan menentukan kemenangan besar bagi calon BN"

MasaAllah..apa hal di brader Pak Din,kalau nakkan sangat kemenangan jangan sampai perkataan yang kita keluarkan boleh mensyirikkan Allah,kerana kemenangan dan kekalahan itu adalah kehendak dan ketentuan Allah yang Merancang dan menentukan.Seperti ayat Allah yang bermaksud "Sesungguhnya Kemenangan itu adalah dari Allah".

Jangan sampai terlampau gila untuk mempertahankan kekuasaan sehingga kita tidak sedar tergelincirnya Aqidah kerana perkataan yang kita keluarkan.Sepatutnya Ulam Mamak dalam Umno perlu memberikan teguran diatas perkataan yang dikeluarkan.kerana beliau seorang pemimpin yang diikuti oleh jutaan rakyat diatas apa yang diperkatakannya.

Beginilah adanya pemimpin yang kurang berilmu dengan Ilmu Tauhid,bercakap mengikut nafsu dan merapu,surga neraka dianggap satu gurauan,hukum Allah sudah menjadi mainan..Tapi ingat..bagi rakyat yang diberikan hidayah dan Iman oleh Allah mereka akan sentiasa dilindung oleh Allah dan tidak akan sesekali tertipu dengan dengan kata-kata pemimpin sekular ini..Takbirr...Hancusss Umno...

1 ulasan:

  1. Jika pengundi adalah raja, maka semua kehendak raja mereka perlu patuhi. Jadi aku nak BN jangan bertanding dalam PRU13, ini perintah raja, jika tidak ikut derhaka!!!. Ada BN nak ikut? Haram... di Selangor, kerajaan nak pulang kuasa pada Sultan yang berdaulat di negeri Selangor pun dia orang tak mahu sokong. Ini nak menurut kehendak beribu-ribu orang yang di katakan 'raja' yang berdaulat dalam kertas undinya sahaja.

    BalasPadam