Ahad, 27 Februari 2011

Kalau Macam nii...PAS Akan Dibubarkan..??

Nampaknya Pas akan dibubarkan tidak lama lagi..ini kerana beribu-ribu ahlinya telah keluar menyertai Parti Sekular Umno,mungkin yang tinggal nanti hanyalah TG Hadi Awang dan TG Nik Aziz sahaja.

Peliknya bila setiap kali diadakan PRK akan adalah berita sensasi yang ahli Pas menyertai Umno secara pukal atau pakej.Yang wa tahu puak-puak ni adalah ahli Umno asalnya,hanya kerana kecewa mereka menumpang teduh sementara dalam Pas,bila hujan dah reda mereka pun kembali kepad Umno Haprak.

Puak-puak ni semuanya takda value,mereka hanya mementingkan Perut dan bawah Perut...Program tarbiyyah jauh sekali malah apabila mati nanti talkin yang dibacakan akan berbunyi "Dari Umno kamu datang kepada Umno kamu kembali"..Hampehhh...

Utusan Meluat :-Kira- kira 1,800 ahli dan penyokong Pas dari Parlimen ini menyertai UMNO dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini selepas mereka menyedari tertipu dengan perjuangan parti pembangkang itu.

Dalam perkembangan terbaru, 30 bekas ahli Pas termasuk pemimpinnya dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam satu majlis di Dewan Tabika Kampung Wakaf Bunut, di sini hari ini.

Zawawi berkata, kesemua bekas ahli Pas itu mengikut jejak langkah bekas Ketua Penerangan Khas Pas DUN Selising, Nordin Daud, 48, dan Ketua Pas Cawangan Kampung Wakaf Bunut, Mohd. Soleh Mat Hassan, 66, menyertai UMNO.

"Ini membuktikan satu gelombang perubahan yang memberi laluan kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk bertapak kembali di Kelantan.



5 ulasan:

  1. biarkan biarkan siluncai dgn labu labunya

    BalasPadam
  2. Dalam PRK Merlimau dan Kerdau nanti kalau PAS-PR dapat menambahkan undi berbanding PRU12, ertinya orang UMNO masuk PAS bukannya orang PAS masuk UMNO.
    Sama2 kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  3. Jom ke PRK Merlimau: kami ada 2 Rumah Penginapan di Jasin utk disewa. 0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Macam Perjanjian Hudaibiyah - Islam tak kebulur nak ambil balik mana-mana orang Islam yang lari ke pihak Musyrikin Mekah.

    BalasPadam
  5. biasala nama pon utasan meloya setiap kali ada prk ada lah yg melompat masok amno .dulu kini dan selamanya kematu

    BalasPadam