Selain penuntut, rakyat negara ini yang bekerja di sana juga sudah dibawa pulang dengan selamat ke Jeddah, sebelum dibawa balik ke tanah air secara berperingkat. Proses membawa pulang semua mereka itu juga menggunakan pesawat yang dihantar Malaysia. Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memberi jaminan setiap perbelanjaan pulang penuntut berkenaan dari Jeddah ke Malaysia akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri, Kelab Putera UMNO, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sukarelawan kerana bertindak cepat dan pantas menghantar bantuan menerusi misi menyelamat warganegara kita yang berada di negara bergolak itu.
Namun, ketika jentera kerajaan, sayap parti, NGO dan badan sukarelawan bekerja keras siang malam memastikan penuntut dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat, masih ada suara-suara sumbang berkokok di sebalik tabir. Tanpa rasa malu atau rasa tanggungjawab, mereka melemparkan pelbagai tuduhan negatif atas usaha murni kerajaan.
Amat sedih dan sungguh mengecewakan apabila Malaysia mempunyai pembangkang yang tidak ada ciri-ciri sifat kemanusiaan.
Tidak cukup dengan kapal terbang, Perdana Menteri turut menimbangkan untuk menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah bagi operasi pemindahan itu. Kapal berkenaan diguna untuk memindahkan pelajar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
Apa yang pembangkang mahu atau tidak berpuas hati dengan usaha kerja kerajaan? Hanya Allah sahaja yang tahu. Mereka asyik mengkritik, menegur, memperlekeh dan mempersendakan apa sahaja yang dilakukan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka melemparkan pula pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya kerajaan mengamalkan sikap pilih kasih dalam misi membawa pulang penuntut Malaysia. Ini semua kerja karut dan dimurkai Allah.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” - Ali-Imran: 200.
Riwayat At-Tabrani Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya :
BalasPadam“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur.
Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat”.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, 218:
sabda Rasulullah s.a.w. “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!”
Wallahhualam.... fikir2kan lah
Pemerintah yang sekularrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tak perlu kita berterimakasih..kerana mereka sentiasa melawan Allah..Paling jelasssss...Bini Najib yang bangga dengan tidak menutup aurat!! Harammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
BalasPadamkpd anon 2011 Februari 12 17:40
BalasPadamAstaghfirullahalazim.... sebegitu sekali kamu mencuba memutar belitkan ayat2 suci Al-Quran?
Saya nasihatkan kamu bertaubat dan kembali kepada kejalan Allah yang sebenar dan bukan menggunakan Al-Quran demi kepentingan politik peribadi.
Kalaupun yang dikatakan rosmah tidak berakidah, itu bukan hak kita menentukan dosa dan pahalanya, hanya DIA yg satu berhak keatas segala-galanya. Adalah menjadi hak kita menegur, bukan mencaci dan menghina serta dijadikan contoh demi membusukkan sifat seseorang.
Kalaupun rosmah tidak berakidah, adakah kita yang dikatakan "beragama" ingin mengikut cara yang sebegitu?
Kalaupun rosmah tidak berakidah, adakah kita harus menjadikan ia untuk megHALALkan kesalahan kita?
dalam soal membawa pulang rakyat kita dari mesir, tidak timbul soal kerajaan sekular atau tidak, tetapi apa yang terjadi adalah soal menyelamatkan NYAWA manusia.
BalasPadamElok juga kita rujuk kepada penulisan Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merujuk kepada kitab “Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah“, yang menyebut tentang kisah sebelum peristiwa Hijrah, Rasulullah S.A.W. telah meminta BANTUAN dari seorang musyrik bernama Mat’am Bin ‘Adi sebelum memasuki kota Mekah. Maka teelah dinyatakan:
1. Bahawa jasa Mat’am tetap dikenang oleh Rasulullah S.A.W., meskipun dia terus kafir. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda berhubung dengan tawanan perang Badar. Sabda baginda, “Kalaulah masih hidup Mat’am dan ia meminta aku membebaskan kesemua tawanan ini, nescaya aku bebaskan mereka”.
2. Sikap mengenang budi yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W. hendaklah menjadi pengajaran kepada kita, apatah lagi jika yang berbuat kebaikan itu adalah saudara seagama.
3. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, menambah didalam penulisannya... "ingatlah kebaikan saudara-saudara seagama yang telah membantu kita, baik sedikit mahupun banyak. Malah jika ada orang kafir yang berbuat kebaikan kepada kita, ingatlah kebaikan tersebut."
Namun begitu apabila manusia menggunakan alasan “mengenang jasa” hingga mengenepikan hak Allah (cth: bantuan yang diberi seperti membawa kita menyimpang dari akidah ajaran ALLAH), maka usahlah berbelah bagi lagi untuk mengatakan TIDAK kepadanya.
Persoalanya... adakah menyelamatkan nyawa manusia dikatakan menyimpang akidah?
Suka juga saya perturunkan ayat ini dari Surah Al-i `Imran ayat 144, maksudnya:
“Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul, seperti Rasul-rasul sebelumnya. Jika Rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu akan kembali menjadi kafir? …..Tetapi Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang berterima kasih."
Ayat ini menyebut, Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur, yang juga membawa maksud orang-orang yang mematuhi segala suruhan Rasulullah saaw, taat dan dedikasi pada ajaran dan suruhan baginda. Mereka yang menafkahkan harta serta berperang di jalan Allah sudah semestinya adalah dari kumpulan orang-orang yang berterima kasih ini. Oleh itu, selama mana seseorang sahabat itu hidup dalam keadaan ini dan mati dalam keadaan yang serupa, maka sudah pasti, berita gembira Allah untuknya. Walaubagaimanapun, jika dia kemudiannya memusnahkan segala kebaikan yang pernah di buatnya, maka, perkara yang serupa tidak boleh dikatakan padanya.
Kepada sesiapa yang pandai-pandai mengatakan tidak perlu mengucapkan Terima Kasih dan Bersyukur, maka ingatlah
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara mu lebih dari suara nabi..kerana takut akan menghapuskan amalan sedang kamu tiada sedar” (Surat Al-Hujurat ayat 2)
Jika ada yang merendah-rendahkan pandangan para Nabi dan memutarbelitkan ayat suci Al-Quran, dan jika sudah sedar akan perbutan nya ini, maka bertaubatlah.
Walahhualam... sekadar menasihati dan memperingati diri.