Isnin, 7 Februari 2011

Fuhh..Tandas Harga RM10.9 Billion..???

Kapal selam berkuasa nuklear yang terbaru dan terbesar dalam tentera laut Britain bernilai £1.2 bilion (RM10.9 bilion) kembali semula ke pelabuhan Faslane, Scotland di Sungai Clyde kerana kegagalan sistem sokongan senjata dan masalah kumbahan.

Beberapa buah akhbar semalam melaporkan masalah kumbahan itu menyebabkan tandas dalam kapal selam berkenaan tidak dapat digunakan oleh 90 orang anak kapal.

Menurut sumber tentera laut, kapal selam HMS Astute itu yang seberat 7,800 tan dan dilengkapi peluru berpandu Tomahawk akan berada di pelabuhan tersebut selama enam minggu untuk kerja-kerja pembaikan.

Pihak tentera melancarkan siasatan bagi mengetahui kenapa kapal selam itu mengalami masalah berulang sejak Oktober tahun lalu.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, kerja-kerja sedang dilakukan bagi memperbaiki sistem sokongan senjata dan kumbahan kapal selam tersebut. - Agensi

2 ulasan:

  1. Salam Yob, eloknya deme buat tandas yg collect 'sisa kumbahan' 90 org crew, jadikan guided missiles dan tuju ke musuh. Gerenti pengsan deme, lebih efektif dr bom nuklear. Berbaloi belanja billion pound gitu! Terkini Mesir "Obama Lidah Bewak!"

    BalasPadam
  2. kuah..3 aje yang lawak juge yong ni..

    BalasPadam