Isnin, 7 Februari 2011

Panass..Kenyataan Pemuda Gerakan Yang Ter"Bangang"..

Inilah namanya bercakap melalui pengalaman.Sudah pasti semasa BN memerintah di Selangor perkara menggunakan duit kerajaan negeri sudah menjadi sebati dan amalan jijik Umno dan Komponennya,menyebabkan mereka mengingau dan meracau seperti orang lain juga melakukan perkara yang sama seperti mereka..kah3

Pemuda Gerakan meminta Kerajaan Negeri Selangor agar tidak menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Isnin.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata kos guaman tidak seharusnya ditanggung oleh rakyat di negeri-negeri yang diperintah parti pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik.

"Kes berkenaan melibatkan tindakan peribadi seseorang individu dan bukannya membabitkan tindakan rasmi sebuah kerajaan negeri.

"Walaupun Suhaimi adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia tidak bermakna parti pembangkang boleh menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman untuk sebarang kes peribadi melibatkan anggotanya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin.


Juragan : Woi Ah Cong agak-agak maa..lu ingat
PR selupa BN kaa..Hampehhh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan