Sabtu, 12 Februari 2011

Hancurr...Pengetahuan Injil Akan Di Ajar Di Sekolah Menengah..??

Pengetahuan Injil kini boleh diajar di kalangan pelajar Kristian di sekolah menengah kerajaan dan sekolah mubaligh di seluruh negara selepas waktu belajar biasa.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal bagi Bumiputara Sabah dan Sarawak berkata keputusan bersejarah itu dicapai di mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Feb.

"Bagi pihak rakyat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana begitu sensitif terhadap kehendak dan aspirasi masyarakat, khususnya penganut Kristian.

"Kami yakin keputusan itu banyak membantu ke arah pencapaian sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini pada Sabtu.

Beliau harap keputusan itu akan memberi lebih banyak masa dan lebih kondusif bagi pelajar berkenaan untuk menduduki peperiksaan subjek pilihan Pengetahuan Injil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dompok, presiden Persatuan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), berkata jawatankuasa kabinet juga bersetuju dengan beberapa usul lain dikemukakan oleh Persektuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia tahun lepas.

Ini termasuk penubuhan kelab-kelab termasuk kelab agama di sekolah mubaligh yang hanya memerlukan kelulusan daripada guru besar atau pengetua, katanya.

Dompok berkata Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan satu pekeliling atau garis panduan mengenai perkara itu tidak lama.

Juragan : Selama ni barua-barua Umno Haprak sibuk mengatakan Pas jadi kuda tunggangan DAP,kerana ikut apa saja kehendap DAP...Kini Apa dah jadi dengan Kerajaan BN nii..Sudahlah dianggarkan hampir 250 000 orang islam yang murtad dan menunggu kelulusan kemurtadan mereka di pejabat pendaftaran negara,kini di tambahkan lagi dengan kelulusan PM Si Najib memberikan kebenaran dalam mesyuarat kabinet untuk diajar pengetahuan tentang injil..fuhh

Jangan kerana memikirkan Undi..lu orang sanggup mengadaikan dan melacurkan Agama semata-mata agar pengundi dan penyokong beragama kristian memberikan kuasa kepada Umno Haprak ini...Takut la pada Allah sikit puak-puak nii...Hampehhhhhh

7 ulasan:

  1. Di sekolah saya lama dah diajar..pelajar muslim ada 60 orang je..daripada 1400 orang pelajar..cuba hitung berapa persen.Bible Knowledge ditawarkan kepada pelajar sebagai elektif.

    BalasPadam
  2. Apa masalahnya pelajar kristian belajar bible?

    BalasPadam
  3. sepanjang pengetahuan saya subjek Bible Knowledge ni dah lama ada, cuma terhad sebagai subjek elektif di sekolah menengah mubaligh dan sekolah2 menengah kebangsaan di kawasan2 majoriti kristian di Sarawak dan Sabah. kelas subjek ini setahu saya tidak sekali-kali dibenarkan (dan selepas keputusan ini pun tidak akan dibenarkan) ditawarkan kepada pelajar Muslim selaras dgn Article 11 Perlembagaan Perskutuan. akan tetapi sebaliknya pelajar non-Muslim dibenarkan mengambil subjek Pendidikan Islam sekiranya berminat. jadi tidak timbul soal kepartian di sini. kenapa sibuk nak bantah masyarakat agama lain belajar agama mereka sendiri selagi larangan menyebarkannya kepada org Islam dipatuhi. yg Mussyidul Am haprak korang SOKONG pendapat Lee Kuan Jew supaya org Islam JANGAN terlalu berpegang kepada agama, korang tak bising2 pulak??? HIPOKRIT...!!!

    BalasPadam
  4. Baguslah agama kristian diajar di sekolah. barulah 1malaysia. Hidup 1malaysia.

    BalasPadam
  5. Average Joe.
    Kau ni dapat berita dari mana yang Musyidul Am sokong Lee Kuan Yew tu? Utusan atau Berita Hairan ke? Maaf le, nak tanya sikit. Kau ni Kristian Mazahab mana ha? Khatolik ke? Itulah, jangan banyak sangat minum arak dan makan daging khinzir ,hasilnya hati kamu dah dipenuhi dengan kebathilan dan terlalu hitam. Jiwa kamu sudah mati terhadap kebenaran. Kalau hampir nak mampus nanti, sila tempah gereja mana yang mahu menerima bangkai kamu nanti.

    BalasPadam
  6. Salam Average Joe,
    Tak baik tuduh orang macam tu...tengok andaian awak tu, hati awak pun macam dah sama hitam jer.

    BalasPadam
  7. HELLO...SUNGGUH KURANG SOPAN!!KAT SABAH AND SARAWAK BIBLE KNOWLEDGE NI DHA LAMA LA DI AJAR TP TERHAD UTK BUDAK2 KRISTIAN JEK..IF YOU ALL NI DARI SEMENANJUNG MMG DASAR TAK TAU LA BENDA2 MCM NI..YG KORANG SKRG SIBUK2 JEK NAK TAU...KATAK BAWAH TEMPURUNG!!!

    BalasPadam