Khamis, 3 Februari 2011

Kantoii...Nik Aziz Pecah Rahsia Kepada Umno..??

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.

“Satu rahsia bagaimana UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah... selagi tak tukar benda ini, mulut saya terus bercakap.

“Saya tidak kisah dihentam, tidak ada apa, kalau orang kampung saya maafkan, kalau menteri saya tidak maaf, akhirat kelak dia kena mintak maaf saya. Baik mereka ini minta maaf di dunia lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan bernilai RM120,000 kepada pelajar Malaysia di Mesir bagi membantu mengurangkan beban berikutan krisis pemerintahan yang melanda negara itu.

Sebelum ini, Nik Aziz mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pas mengambil tindakan supaya menteri besar itu ‘menutup mulut’ daripada pelbagai kenyataan kontroversinya.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya baru-baru ini pula, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dan setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Biar Tun nak bercakap. Kalau kita tidak benarkan orang bercakap nanti jadi macam Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat sendiri,” katanya.

3 ulasan:

  1. TGNA.. Harini UMNO Laksana Islam Esok PAS bubar dan saya masuk UMNO,sebab banyak jawatan kosong,Pemimpin UMNO banyak sangat nak dihukum mengikut hukuman Islam, masaalahnya beranikah Puak UMNOni nak laksanakan hukum Islam, Buat Misjid Simen Tak Cukup, Buat Bank Islam Riba diganti Dalal,Duit Tabung Haji tak senang tengok,di Selangor tengah teropong duit Zakat,sebab Pasir dah tak banyak nanti berlobang.

    BalasPadam
  2. setuju Polis Pencen Cakap, Hangpun sama, dah Pencen baru berani cakap, dulu masa hang kerja tak berani.
    Cuma baik sikit dari Bos hang yang Pencen jadi Tokey di Genting.

    BalasPadam
  3. Polis Pencen berkata..
    TGNA.. Harini UMNO Laksana Islam Esok PAS bubar dan saya masuk UMNO, sebab banyak Jawatan Kosong,
    Dulu masa kerja Jawatan apa, ada kuasake, kalau ada hang tak bantahke Bos hang buat kerja untuk UMNO. Dah pencen pun nak pegang jawatan jugake, Mentaliti UMNO betoilah hangni...

    BalasPadam