Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.55 pagi semalam, mangsa yang berusia 36 tahun mengambil seorang lelaki di Taman Miharja, Cheras di sini untuk ke kawasan Plaza Pudu, di Jalan Pudu.
“Namun sebaik tiba ke kawasan Pasar Pudu, di sini, mangsa tiba-tiba tergamam apabila penumpang dibawanya itu mengeluarkan pisau sebelum mengacukan ke arahnya.
“Suspek dikatakan mengugut untuk menikam leher mangsa sekiranya melawan dan enggan menyerahkan dompet duit,” katanya.
Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan dompet duitnya kepada suspek. Sebaik mendapat dompet itu, suspek mengarahkan mangsa berbogel.
“Mangsa yang teragak-agak dengan apa yang diarah oleh suspek kemudian ditoreh dengan mata pisau pada leher dan pipinya. “Akibat ketakutan, mangsa yang tidak punya pilihan terpaksa membuka pakaian sebelum diarah keluar dari teksi. Suspek kemudian memecut melarikan diri dengan teksi mangsa,” katanya.
Difahamkan, mangsa juga gagal mengecam wajah suspek.Kejadian rompakan itu menyebabkan mangsa kehilangan pelbagai dokumen pengenalan diri, wang tunai RM1,200, seutas rantai emas dan teksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan