Khamis, 10 Februari 2011

Kantoii..Pembangkang "Mengelabah" - Dr. Latif

Kejayaan kerajaan membawa keluar lebih 9,000 pelajar keluar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi membuatkan pembangkang di Malaysia resah gelisah dan mereka pelbagai isu untuk menidakkannya, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata Ops Piramid ini merupakan satu kejayaan kerana ia adalah satu operasi besar-besaran yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menemui anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi itu di sini pada Rabu, katanya proses pemindahan pelajar ini dalam jumlah yang besar merupakan satu pengalaman baru bagi ATM khususnya Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Oleh itu, beliau berkata pengalaman baru ini perlu didokumentasikan untuk dijadikan satu manual operasi yang boleh diguna pakai oleh ATM dan TUDM jika ada operasi pemindahan besar-besaran seperti ini pada masa akan datang. Selain daripada itu, beliau mencadangkan kepada Ketua Misi Ops Piramid Kolonel Udara Abdul Mutalib Wahab supaya menulis mengenai operasi ini untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pegawai dan anggota TUDM pada masa akan datang.

Dr Abdul Latiff berkata melalui Ops Piramid ini konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang dirangka kerajaan Malaysia dapat diterjemahkan di mana aset TUDM dan aset syarikat awam seperti Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia digembelingkan bagi tujuan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia di luar negara. Ops Piramid ini juga menunjukkan bahawa tiga buah pesawat Hercules C-130 yang digunakan untuk operasi ini sebenarnya tidak mencukupi untuk operasi sebesar ini.

TUDM memerlukan lebih banyak kapal terbang pengangkut tentera seperti Airbus A-400 yang mampu mengangkut lebih ramai penumpang dan barang-barang, katanya.

"Sekarang kita terfikir...nasib baik kita dah tempah," katanya.

Turut hadir ialah Pemerintah Latihan dan Operasi Pertahanan Markas ATM Laksamana Muda Datuk Abdul Hadi A. Rashid.

3 ulasan:

  1. Dah beli banyak pesawat jgn sampai tak ter maintain sudah lar..... hilang pulak enjin tuh nanti!!! hihihihihihihi!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Dalam tentera ini selalunya mereka menggunakan prosedur yang berpandukan dari doktrin sedia ada. Rasanya tak perlulah dibuat baru. Elok dikemaskinikan doktrin tersebut sahaja kerana doktrin berubah mengikut masa dan kelengkapan yang ada.
    Tentang tulis buku ini, bukan dia seorang saja elok tulis buku tu.... semua yang terlibat elok di dokumentasikan untuk mengelakkan pembohongan, propaganda dan selewengan fakta. Maklumat dan apa yang jua yang dicatatkan mesti benar sepertimana yang sebenarnya bagi mengelakkan kecederaan, salah dan tidak tepat dalam membuat keputusan pada masa akan datang. Elakkan dari meletakkan apa apa jua motif politik terselindung terutamanya propaganda karut marut pemerintah.

    BalasPadam
  3. HANRUH ni cite dah lama. jika benar2 dihayati dan dilaksanakan sebagaimana eloknya di atas kertas, malaysia tidak akan terkapai2 untuk mengeluarkan rakyatnya dari mesir. tidak akan timbul hendak menggunakan kapal tldm...

    apa yang diperhatikan, pembelian aset tentera selalunya dibuat sebagai persiapan pilihanraya! perbelanjaan besar yang digunakan untuk memperolehi aset ini selalunya tercicir. dari apa yang berlaku tidak dapat tidak keciciran ini juga sudah tentu untuk membaiayai pilihanraya. justeru harga aset melambung tinggi yang tidak terfikir oleh manusia waras kecuali pemimpin melayu malaysia.

    BalasPadam