Ahad, 27 Februari 2011

Kerana Takutkan PAS...JAIP Ambil Ahli 22 Masjid Di Kerdau..??

Calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini 'mengambil alih secara sementara' kesemua 22 masjid di DUN Kerdau sejurus selepas tempoh berkempen dalam pilihanraya kecil itu bermula.

Dakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya lapor Malaysiakini.

"Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)," katanya.

Berceramah pertama kali sebagai calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Hassanuddin berkata, jika dibandingkan dengan calon BN yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, beliau yang didik dalam parti Islam juga tidak kurang pengetahuan agamanya.

"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.

Turut sama dalam majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin penting Pakatan Rakyat lain, termasuk Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan pengarah strategik parti itu Rafizi Ramli.

Hassanudin juga menyeru penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh memenangkan wakil PAS supaya ia memberika isyarat kesediaan mereka merampas teraju pemerintahan Pahang dan negara ini daripada BN.

"Kemenangan di Kerdau ini juga penting untuk kita tunjukkan pelaksanaan dalam Buku Jingga," katanya sambil mengingatkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, Hassanuddin menggalas tugas berat untuk menewaskan Syed Ibrahim yang juga penasihat agama kepada menteri besar Pahang dan seorang yang berpendidikan agama daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Isl
am.


1 ulasan:

  1. ORANG PAS TERKENAL SUKA KOTORKAN MASJID. TENGOKLAH MASJID DI KELANTAN. ELOK JUGA DIKAWAL. KALAU TAK MALU KITA NANTI..

    BalasPadam