Katanya, jika PAS benar-benar mahu membuktikan bahawa mereka mampu menurunkan harga gula ke paras yang lebih rendah, ia perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga hujung tahun ini.
"Saya cabar PAS jual (gula) di seluruh negeri yang mereka perintah dengan harga murah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya cabar PAS buat di Kelantan dan Kedah serta negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan koperasi peserta-peserta Felcra Rumpun Makmur Temerloh Berhad dan Program Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) di sini, Isnin.
Beliau sebelum itu mendedahkan bahawa pihaknya mengesan aktiviti penjualan gula pada harga RM1.80 oleh penyokong PAS di sebuah kedai di Lipat Kajang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Harga penjualan gula pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM2.10.
Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, berdasarkan pemantauan oleh pihaknya, aktiviti penjualan gula pada harga rendah berkenaan hanya bertahan selama sehari.
"PAS konon nak tunjukkan mereka boleh jual barang murah, mereka tawar jual gula lebih murah dari yang ditetapkan oleh kerajaan di Lipat Kajang.
"Tapi saya difahamkan oleh pegawai yang buat pemantauan sudah tak ada, kalau ada memang kita pergi ramai-ramai beli," katanya.
Justeru Ismail Sabri berkata, tindakan berkenaan adalah gimik politik yang dilakukan PAS sempena pilihan raya kecil DUN Kerdau bagi meraih undi.
"Soalnya kenapa waktu pilihan raya sahaja yang dijual harga murah, kalau betul mereka mampu tak perlu tunggu sehingga pilihan raya.
"Kenapa di Kerdau sahaja yang dijual murah, PAS dah perintah di Kelantan dan Kedah, kenapa di Lipat Kajang sahaja? PAS hanya menjadikan ini sebagai gimik pilihan raya...untuk mengaburi mata pengundi yang nak menunjukkan PAS mampu untuk menurunkan harga barang," katanya.
Ditanya kemungkinan PAS mendapat bekalan gula pada harga yang lebih rendah sehingga mampu menjual dengan harga murah, Ismail Sabri berkata: "Mereka tak dapat bekalan murah, tapi sengaja tanggung kerugian...jual (walaupun) rugi dalam musim ini.
Berhubung kemungkinan PAS Pusat memberi subsidi gula bagi menampung kerugian berkenaan, Ismail Sabri berharap agar pemberi subsidi berkenaan akan diperluaskan untuk dinikmati oleh rakyat di tempat lain.
"Kalau beri subsidi gula di Kerdau, tolong beri subsidi di tempat lain juga," katanya.
menterii ni belajar tak habis. taknak bagi subsidi gula terus tarik. ni sedikit demi sedikit. akibatnya setiap kali gula naik sepuluh sen, setiap kali tu air teh, susu dan berkaitan gula naikk 10 sen atau lebih vagi satu gelas atau satu ten susu. gitu juga tepung tak payah bagi subsidi kerana kedua-dua ni bukan mahal sangat dan bukan keperluan mendesak bagi subsidi. rakyat yang terasa sangat kalau subsidi minyakk petrol dinaikan sediki-demi sedikit. inilah sangat membebankan kerana akan membawa kenaikan semua harga barang. buat kajian jangan suruh orang yang berjawatan, pegaawai tinggi kerana dia ada duit dan jangan tanya ahli parlimen atau menteri kabinet, mereka semua semua free .tanyalah pada rakyat miskin. kami gaji 2000 lebih sebulan terasa perit dengan kehidupan sekarang, apatahlah lagi kerja kleaner di sekolah hanya 5oo, pengawal keselamatan 700, kerja kilang 600. pak menteri suah-sudahlah buat retorik. potonglah elaun-elaun yang tak perlu untuk tolong rakyat
BalasPadamKalau dah sengsara megelabah tu,nak hidup dinegara sendiripun susah,aku saran kau undilah BN/umnogok lagi dan lagi sampai mati...kau bilang semua rakyat malaysia yg sengsara jgn tidak2 undi BARISAN NASIONAL DAN UMNO Supaya hidup kamu lebih senang dari menteri2 kurap entot2...
BalasPadam