Isnin, 21 Februari 2011

Tengok nii...Bukti Umno "Mengelabah" Beruk Di Kerdau...

Kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos tiket kapal terbang 400 pelajar negeri itu yang bakal pulang menyambung pengajian di Mesir selepas krisis politik negara berkenaan kembali pulih.

Selain itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri turut menyumbang wang tunai RM500 kepada para pelajar terbabit sebagai perbelanjaan mereka.

Beliau berkata, bantuan tersebut diberikan kepada semua pelajar terbabit walaupun kerajaan negeri hanya menaja 200 penuntut di bawah Yayasan Pahang manakala selebihnya pelajar persendirian.

Katanya, pemberian tersebut tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

"Kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi pelajar dan akan membiayai sepenuhnya tambang balik pelajar terbabit ke Mesir bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian apabila keadaan di negara itu kembali stabil," katanya di sini semalam.

Sebanyak 8,341 pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid ketika negara tersebut mengalami pergolakan politik baru-baru ini.

Kosmo! difahamkan, harga tiket sehala bagi penerbangan Gulf Air dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Mesir ialah RM2,158, Emirates sebanyak RM3,058 manakala Egypt Air sebanyak RM2,014.


Juragan :Baru lagi pimpinan Umno kata pelajar tanggung sendiri kalau nak balik Mesir..
tiba-tiba bertukar haluan pulak mereka...nasib baik la ada PRK Kerdau untung
la student pahang...Jadi kalau negeri BN yang lain nak kan tambang Free doa saja
YB dalam negeri lu orang tumpo pasti lu orang dapat tambang free siap duit
poket sekali..
Hampehhh Umnooo..Dasar buat apa pun tak ikhlasss..


4 ulasan:

  1. Ini namanya 'Jurus Tepuk Loceng' yang direka oleh Lim Guan Eng khusus untuk UMNO, sengai terpekup-pekup UMNO dalam banyak keadaan dengan reformasi terhadap pentadbiran Pulau Pinang yang mesra Islam.

    BalasPadam
  2. bila ada PRK Kerdau jer, cepat2 Adnan kona stereng...itulah auta umno!!!

    BalasPadam
  3. Najib & Rosmah Pergi Libya, Adnan Sponser Tau.
    Siap Duit Poket Lagi.

    BalasPadam
  4. Pakitam Noh Omar.
    Sila komen.
    Jangan sebok Selangor aje.

    BalasPadam