Sabtu, 5 Mac 2011

Fuhh..Anggota RELA Terima Padah..??

Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang meminjamkan sepasang gari kepada dua lelaki untuk melakukan samun dan rogol mengundang padah apabila dia ditahan bersama dua rakan sejenayahnya itu Selasa lalu.

Suspek berusia di antara 24 dan 36 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini selepas polis menjalankan siasatan sebaik mendapat laporan daripada seorang wanita yang disamun dan dirogol di sebuah bilik hotel di Bayu Perdana di sini pada pukul 2 pagi 27 Februari lalu.

Menurut laporan mangsa berusia 29 tahun itu, dia bersama teman lelakinya telah ditahan dua suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira ketika mereka bersiar-siar di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang.

Dua suspek itu kemudian telah menyamar polis dan berpura-pura ingin membuat pemeriksaan sambil menunjukkan sepasang gari untuk menakutkan pasangan kekasih tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan