Menyifatkan cerita itu ‘‘disalah lapor’’, beliau (gambar) bagaimanapun mengakui terdapat beberapa pihak yang cuba mencari video itu semalam.
“Saya fikir ia disalah lapor. Orang mencari video itu tetapi tidak ada siapa pun yang melihatnya. Malahan sehingga 9.30 malam tadi, mereka (anggota Parlimen) tidak dapat.
“Dan adalah tidak betul mengatakan hanya anggota Parlimen BN. Ada juga anggota Parlimen lain. Laporan itu salah sama sekali,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan portal berita berkenaan semalam.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa video berkenaan dipertontonkan melalui komputer riba salah seorang petugas di ruang rehat anggota Parlimen dan disaksikan beberapa anggota Parlimen penyokong kerajaan, beberapa jam selepas ditayangkan kepada wakil media pagi semalam.
“Saya terkejut ketika baca laporan itu. Saya ada di situ (di dewan anggota Parlimen), saya sedang berjalan ke situ dan mereka sedang melihat (pada sesuatu) dan saya tanya apa mereka buat dan katanya mereka semua sedang tonton movie lucah ini. Dari situ saya tahu. Tetapi ikhlas sehingga hari ini bila saya tanya jika mereka dah tengok video itu, mereka kata tidak,” tambah beliau.
Mohamed Nazri berkata, beliau juga tidak faham mengapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau merupakan orang yang terlibat dalam video seks berkenaan.
“Ini sepatutnya tontonan orang tertentu. Ia belum dikeluarkan. Kenapa beliau menafikan? Tak ada orang kata apa-apa. Laporan itu hanya mengatakan seorang pemimpin pembangkang, siapa dia? Dia boleh (Lim) Kit Siang, boleh jadi Hadi (Datuk Seri Hadi Awang),” kata beliau.
Ditanya sama ada tayangan rakaman itu menyalahi undang-undang, Mohamed Nazri berkata, “ditayang untuk wang, ya, mungkin ia.”
€“Ia adalah movie lucah. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau semua ada niat, saya fikir untuk lapor kepada polis dan beliau hanya mahukan editor-editor sebagai saksi-saksi,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan