Selasa, 22 Mac 2011

Kenyataan Seorang "Pencacai" Yang Menyakitkan..

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim berkata, jawapan segera yang diberikan oleh para pemimpin parti berkenaan bahawa klip video perlakuan seks yang didedahkan Isnin adalah palsu merupakan satu jawapan standard yang sentiasa dikeluarkan apabila berlakunya krisis.

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) itu menegaskan, para pemimpin PKR belum pun lagi berpeluang untuk melihat klip video berkenaan tetapi sudah melabelkannya sebagai palsu.

"Apakah mereka telah menyaksikan klip video berkenaan untuk mengatakannya palsu? Saya pasti mereka belum lagi (melihatnya)dan setakat yang kita tahu belum ada sesiapa pun lagi yang berpeluang menyaksikannya melainkan pemegang video berkenaan dan beberapa wartawan yang diberikan peluang untuk melihatnya," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, PKR awal-awal lagi mengatakannya palsu.

"Itu adalah naluri mereka. Malah itu adalah prosedur operasi standard mereka...," ujarnya lagi.


3 ulasan:

  1. Tanya balik pada zaid, pasangan suami isteri yang mana dalam negara yang dimaksudkan oleh datuk T supaya berundur dari politik kalau bukan DSAI dan DSWA? Mungkin najib dan rosmah kot? Wakakak...

    BalasPadam
  2. Entah2 Presiden KITA pun jadi producer bersama dengan Datuk T. Tangkap aje Datuk T then orang akan tahu cerita sebenarnya. Jenis orang macam ni memang patut kena londeh pun...

    BalasPadam
  3. Undang undang ini negeri ana yang bikin... satu untuk engko ,satu untuk aku...

    BalasPadam