Isnin, 21 Mac 2011

Amaran Terkini DSAI..

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.Berdasarkan rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

5 ulasan:

  1. Adakah kerana politik pemimpin rakyat menjadi mangsa .... di tipu denganberbagai carita....Banyak kes yang masih di persoalkan ... kematian ALTANTUYA dan SOSILAWATI

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Yob , next "Anwar Had Sex with an Alien!"

    BalasPadam
  3. gitulah nasib pejuang..takyat tetap bersama mu untuk menghapuskan hantu jembalang yang berkuasa.

    BalasPadam
  4. bosan dengan umno dah tak bole berlawan secara berhujah, main benda benda kotor macam ni macam lah pemimpin umno tu sendiri bebas dari salah laku seks...ini semua busitt...

    BalasPadam
  5. Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

    Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    BalasPadam