Isnin, 28 Mac 2011

Fuyoo.."Datuk T" Akan Dilindungi Dibawah Akta Pemberi Maklumat...

Trio ‘‘Datuk T’’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) hari ini berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

5 ulasan:

  1. menteri CILAKA..menggambarkan yg dituduh sebagai merbahaya kepeda si penuduh..SIAL punya menteri

    BalasPadam
  2. PUTAR ALAM SYAH LA MANGKUK MENTERI NI ! LINGKOP LA MALAYSIA KALU INI MACAM ORANG ADA !

    BalasPadam
  3. undang undang apa ni. Boleh mengaibkan orang kemudian boleh lepas. Saya rasa whitselblower act bukan dikes seperti ini. Ia digunakan untk saksi pada kes seperti rasuah atau ianya sebahagian dari kes yang besar yang sedang dibicara.

    BalasPadam
  4. Ini macam menteri bodoh pun ada...,lu tak baca akta 574 KANUN KESEKSAAN SEKSYEN 292 ke?ini akta cakap tak boleh tayang filem blue kat pablic....kalau lu ada matlumat/bukti serahkan saja kat polis,bukannya panggil wartawan dan tayang filem lucah tu kat hotel

    BalasPadam
  5. tahniah nazri aziz. menonton, mengedar kepada umum tak salah sebab percuma. orang yang mengedar perlu dilindungi bimbang tak ramai yang tahu. oleh itu perbuatan mencetak dan mengedar secara percuma amat digalakkan.

    mereka perlu dilindungi melalui akta saksi dan pemberi maklumat dan tidak terlibat dengan akta mesen cetak.

    bagus undang-undang ini!!!!!!

    BalasPadam