Jumaat, 4 Mac 2011

"Hardcore Umno" Sertai Pas...Umno Meroyan Lagi...

Pengasas UMNO dan 11 ‘orang kuat’ parti itu di kubu Barisan Nasional (BN) di Felda Jengka 25, isytihar keluar parti dan menyertai Pas, semalam.

Muzammil Muallif, 51, mendakwa beliau membuat keputusan meninggalkan perjuangan UMNO selepas 15 tahun menjadi Ketua Cawangan UMNO Jengka 25.

Beliau juga bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia.

Beliau bersama 11 yang lain menyerahkan borang keahlian Pas kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan itu sebagai tekanan terhadap UMNO.

Dalam ucapan ringkas mengalu-alukan penyertaan mereka, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden Pas, berharap penyertaan Muzammil bersama 11 ahli UMNO itu akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan