Ahad, 6 Mac 2011

Imam Pemalas Kantoi...

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegur sikap segelintir khatib di negeri ini yang malas untuk membaca atau meneliti terlebih dahulu teks khutbah Jumaat sebelum naik ke mimbar.

Sikap yang seperti itu, kata Ahmad, bukan sahaja menjadi punca mesej yang hendak disampaikan menerusi khutbah tidak menepati sasaran malahan juga menyebabkan ahli jemaah hilang khusyuk hingga ada yang tertidur.

“Jangan salahkan jemaah sahaja, khatib pun kena bertanggungjawab juga. Sikap sambil lewa segelintir daripada mereka menyebabkan penyampaian khutbah sangat tidak menarik, salah sebut di sana sini hingga jemaah pun tidak khusyuk,” katanya.

Ahmad berkata, akibat tidak membaca atau meneliti teks lebih awal, ada khatib yang mahu menyebut virus H1N1 sebaliknya tersebut virus ‘Hini’.

“Jika seperti ini penyampaian imam (khatib), macam mana jemaah nak faham, nak hayati isi kandungan khutbah sedangkan khutbah sangat penting bagi kita. Itulah ruang kita nak sampaikan pesanan ataupun peringa-tan untuk menguatkan ummah,” katanya ketika berucap pada Majlis Bicara Eksekutif: Multaqa YAB Menteri Besar Bersama Imam dan Bilal di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini.

Juragan : Imam Tua Umno biasa la..Dia rasa jawatan tu hak dia sampai ke mati
walaupun mata dah tak nampak..nak cakap "Komited" pun tercakap
"Kemetod"..kuah3..Yang penting hujung bulan Rm800 masukkkkkk..Hancuss Umnoo




Tiada ulasan:

Catat Ulasan