Sabtu, 5 Mac 2011

Kah3..Panass...Dari Umno Kamu Datang Kepada Umno Kamu Kembali..??

Selepas tiga hari menyertai PAS, Muzammil Muallif, 51, pada Sabtu mengumumkan pendirian untuk kembali ke pangkuan Umno.

Bekas Ketua Umno Cawangan Jengka 25 itu berkata, tindakannya menyertai PAS merupakan satu kesilapan besar apabila menyedari bahawa tidak ada mana-mana parti selain Barisan Nasional (BN) dan Umno yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakannya kembali kepada Umno adalah pertimbangan peribadi tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Setelah difikir dengan semasak-masaknya, tanpa dipaksa, ditekan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka dengan ini saya mengisytiharkan untuk kembali kepada Umno.

"Melihat kepada hasil perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat di negara ini termasuk pembukaan Felda dan Felcra, saya tidak yakin mana-mana parti terutama PAS dan Pakatan Rakyat mampu menandingi sumbangan BN," katanya pada sidang media di sini.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia turut menafikan membawa bersama 11 orang ahli Umno dari Jengka 25 menyertai PAS bersamanya seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak membawa mana-mana ahli Umno Jengka 25 semasa saya keluar (Umno) tempoh hari.

"Berkemungkinan 11 orang yang diuar-uarkan oleh PAS itu terdiri daripada penyokong PAS sendiri," katanya.

Rabu lalu Muzammil dilaporkan bersama 11 yang lain menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan itu disifatkan PAS sebagai tekanan kepada terhadap Umno.


Juragan : Sah leeee...Kena ugut tahap gaban punya nii..Hancuss Umno...


2 ulasan:

  1. muzammil muallif. rabu, serah borang masuk pas. sabtu, umum kembali ke pangkuan umno.

    borang masuk pas diterima sendiri oleh hadi, presiden pas... di sebalik setiap kejadian ada sebab musababnya. Allah jua Yang Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  2. heheheheheh.fulus oo fulus..sebab tu dalam masa cenggini,takyah main la isu masuk keluar parti ni..takda maknanya

    akhirnya..kembali semula..kuasa wang adalah segalanya..kita tak harapkan org jenis gini untuk Islam..lainlah kalau PAS dah tukar kaler..

    BalasPadam