Jumaat, 18 Mac 2011

Rahsia Sembunyi 700 000 Kondom..??

Rahsia sekumpulan enam perompak yang menyembunyikan selama 26 hari 264 kotak mengandungi 700,000 keping kondom curi bernilai RM850,000 di sebuah gudang di Klang, Selangor terbongkar apabila polis menemui sebahagian besar alat kelengkapan seks itu kelmarin.

Kejayaan tersebut dicapai ekoran kerja keras polis menjejaki dan menahan enam penyamun berusia di antara 23 dan 46 tahun pada 15 Februari lalu sebaik menerima laporan mengenai kehilangan kondom tersebut 10 hari sebelum itu.

Selain itu, laporan meluas media turut membuatkan kesemua perompak bimbang akan ditahan sebelum menyembunyikan barang curi itu untuk dilupuskan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, rancangan tersebut gagal apabila polis terlebih dahulu menghidu kegiatan mereka hasil maklumat daripada salah seorang suspek.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan