Jumaat, 18 Mac 2011

Kantoii..Kebocoran Tender..Kerajaan BN Perak Perlu Siasat..

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Perak telah menerima aduan mengenai maklumat yang bocor berhubung tender di beberapa jabatan kerajaan negeri.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang menyifatkan perkara itu serius, berkata ia memberikan kesan kepada kerajaan negeri.

Beliau memberitahu Bernama bahawa aduan yang diterima juga melibatkan seorang individu yang memiliki beberapa syarikat dan memperoleh tender melalui satu daripada syarikat itu.

"Kebocoran maklumat tender tidak akan berlaku sekiranya tiada kerjasama antara kontraktor dan kakitangan jabatan terbabit," kata Raja Ahmad Zainuddin sambil menjelaskan bahawa PAC akan menyiasat perkara itu.

Beliau juga berkata hanya lima wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung projek terbengkalai dan projek 'gajah putih' bernilai RM39.5 juta seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

"Antara projek itu adalah sebuah rumah rehat yang sudah siap tetapi tidak digunakan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan