Jumaat, 18 Mac 2011

Ugut Undi BN..??

PAS mengharapkan rakyat yang diberikan bantuan membaiki rumah supaya tidak ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN.

“Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata.

“PAS mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan Rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang Umno BN,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Justeru, katanya betapa untungnya rakyat Malaysia apabila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan.

Pembangkang yang kuat akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN.

Beliau mengulas pengumuman Peredana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meluluskan peruntukan untuk membina 10,000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5,000 yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.

Ini, katanya adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihan raya yang semakin hampir.

“Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10,000 rumah yang daif perlu dibaiki,” katanya.

Katanya, kesemua itu terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap ditelan oleh Ooi Kee Siang, seorang tauke pokok orked di zaman Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Begitu juga, katanya saham Bumiputera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah.

Beliau menambah, kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.

Menurutnya, sememangnya pemimpin Umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya.

Sepatutnya, tamb ah beliau pemimpin Umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10,000 rumah yang daif yang memerlukan bantuan untuk diperbaiki.

“Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Carigali Miri,” jelasnya.

Menurutnya lagi, penduduk yang tidak ada elektrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah di mana kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti ialah masyarakat Iban.

Beliau dimaklumkan setiap kali pilihan raya, maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepasmenang muka pun tidak nampak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan