Isnin, 7 Mac 2011

Sombonggg...Petanda Kejatuhan PAS..??

DUN Merlimau dan Kerdau sebagai satu kejayaan cemerlang bagi parti perikatan itu.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, kemenangan BN dengan majoriti besar di kedua-dua kawasan itu menunjukkan isyarat jelas pengundi kini sudah kembali kepada BN dan menolak dasar pejuangan Islam yang dibawa PAS.

“Kemenangan ini disebabkan sokongan rakyat terhadap BN tidak berbelah bahagi, faktor kecemerlangan ini dapat diteruskan dan diulang malah momentum kemenangan ini dapat ditingkatkan lagi.

“Ia juga isyarat jelas bahawa perjuangan PAS tidak diterima. Kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau menunjukkan protes rakyat kepada perjuangan PAS,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini.

Tambah Muhyiddin, sokongan pengundi di kawasan peti undi Melayu dan India amat menggalakkan selain undi Cina sudah kembali kepada BN.


Juragan : Jangan sombong Pak Din..Hari ni mungkin hari
lu punya Parti..Tapi tunggu..kalau lu tak guna jabatan kerajaan
macam PAs dah lama lu kantoii..Kalau memerintah Insyaallah
nanti,parti lu pulak jadi pembangkang...alamat masuk muzium laaa..kah3



1 ulasan:

  1. org kampong,felda (melayu tolol) boleh kelentong le. melayu cerdik, sori le nak percaya cakap pak din. dan kami tak sokong umno 500%

    BalasPadam