Khamis, 17 Mac 2011

Tengok nii..Lu Orang Pasti Tak Percaya..


Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, berada dalam keadaan uzur sehingga kadangkala menjadi pelupa serta berperangai seperti kanak-kanak.

Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 64, berkata, Yahya akan menyelongkar dapur dan laci untuk mencari sesuatu tanpa tujuan pada tengah malam dan gemar keluar dan masuk sambil mengunci rumah.

"Saya beritahunya supaya jangan mengunci pintu rumah jika dia hendak keluar sekejap kerana takut apa-apa berlaku dan saya tidak mempunyai kunci penduanya ketika itu.

"Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan kesihatannya,” luah Alisah ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Rabu.

Freddie Fernandez (kiri) ketika melawat Yahya bersama beberapa ahli Karyawan pada Rabu.

Yahya dikunjungi Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Ia turut dihadiri, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Biro tersebut, Aznan Alias serta rakan artis seperti Radhi Khalid dan Nassier Wahab.

Dalam kunjungan itu Karyawan memberikan sumbangan berupa cek sebanyak RM2,000 untuk rawatan perubatan beliau.

Menurut Alisah, suaminya mengalami asma, sakit jantung, sukar bernafas malah baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seminggu yang lalu.

Katanya, Yahya sebelum ini sudah dua kali dimasukkan ke Hospital Ampang tetapi terpaksa ditukarkan ke HKL ekoran kos pengangkutan untuk dia ulang-alik menjaga suaminya itu yang tinggi.

Juragan : Inilah lumrah dunia..Segala kemewahan,Kuasa,Pangkat,Glamour dan kehebatan kita akan hilang apabila tiba masanya..lantas yang muda pasti akan menjadi tua..dan yang tua pasti akan kembali kepada Allah..Hanya taubat sebagai penghapus segala dosa-dosa ketika kita bertemu Allah.....Hampehhh Umnooo..



1 ulasan: